Sunday 14 July 2013

gombak lagi

salam,

hari ini 14 jun aku bawak lagi isteri dan anak berjalan kat gombak.isteri nak gi expo baby beli barang untuk anak kedua kami yang bakal lahir insyaAllah oktober nanti.excited sangat.haha..habis semua dibelinya dari botol susu sampai lah ke baju.memang murah pun.berbaloi lah untuk dibeli.kot kot mana pun duit aku dah surut.cuti bulan 6 punya pasal la ni.lari habis bajet.

pukul 4 dah ni,masih belum balik rumah lagi.duk lagi kat giant gombak ni isteri beli barang dapur lagi.aku duk dalam kete teman anak kami tidur.sedap tidur sampai berdengkur,kalau aku tidur jugak hangus kena dengan isteri aku nanti.haha..bukan takut bini bai,bini tak takut aku..haha..normal la tu,bukan takut bini sebenarnya,malas dengar dia membebel je.ye tak para suami?mesti betul apa aku cakap ni.

balik nanti ingat ingat nak cuci kipas.tapi mesti dah lewat.berbuka puasa jap pastu mesti nak gi terawih lagi,balik confirm tidur punya.rumah takde la besar mana tapi dia punya habuk.perghh..ini mesti kilang punya pasal.lagipun rumah ni kena menten gitu je,kalau biar lama jenuhlah nak cucinya nati.jadi kena la cuci selalu sikit sikit.baru tak sakit kepala dan tak membebankan sangat.

tengah duk dalam kereta ni duk fikir fikir bila la gamaknya leh tukar kereta.tapi fokus utama tunai haji dulu.kereta dan benda lain nombor 2 lah..perkara wajib dulu.hutang lagi.macam macam da sekarang ni,keluar u awal awal dah ada hutang pada kerajaan dah.nasiblah..

Saturday 13 July 2013

sudah lama

sudah lama aku tak menulis dalam blog ini.dah sunyi sepi.kali ni blog ni jadi medan suka hati aku nak menulis,medan luah perasaan,medan hentam kromo.jadi sape nak baca bacalah.sapa tak minat abaikan.tiada siapa halang.

dah hampir 5 tahun dah mengajar,dulu 2 tahun di sekolah agama,sekarang masuk sekolah jenis kebangsaan pula.mujurlah dulu aku dididik dalam pendidikan agama,sekarang diasuh untuk menerima dan menyerap sistem jenis kebangsaan pula.kalau dulu berdepan dengan ketua yang diktator dan mengekang guru,masuk sekolah jenis kebangsaan sekarang berdepan dengan politik di kalangan rakan sejawat dan pihak atasan pula.

kalau dulu rakan sejawat tidaklah ramai,dalam 20 orang sahaja,jadi senang untuk berkomunikasi dan berterus terang.tiada yang rahsia dikalangan kami.walaupun aku lebih muda namun mereka cukup menghormati dan melayan aku setaraf dengan mereka walaupun aku bukan dari lulusan universiti timur tengah seperti mereka.ustaz ustaz dan ustazah beb,aku jadi cikgu biasa yang baru bertapak di bumi Allah ini mencari rezeki.

Sekarang dah masuk sekolah jenis kebangsaan di bumi darul makmur ni.mula mula masuk nak kata tertekan tu memanglah,dengan budaya sekolah yang cukup berbeza.nak jumpa sorang dua pelajar yang hormat pada guru pun susah.yang ada pelajar yang kurang ajar ataupun yang takutkan kita terus.kalau tak takut dengan kita mereka akan kurang ajar dengan kita.jika ada sebarang masalah dalam kelas aku cuma ingatkan anak isteri aku je yang ada dekat rumah.kalau tiada mereka tiada sebablah aku untuk terus menyerap tekanan sebegini hebat.berada di sekolah gama pelajar cukup hormatkan kita,masuk sekolah kebangsaan cukup berbeda,bak langit dan bumi.dan di sinilah aku dipanggil....